BBTC10ML Bayticol E.C. 6% 10ml

Racun Serangga
Pekatan Teremulsi (EC)
Untuk mengawal Kutu pada anjing, kuda, lembu, kerbau, kambing, dan bebiri.

AWAS:
a)
Bahaya kepada manusia: Elakkan dari tertelan atau terhidu kabus semburan. Gunakan bancuhan ini di tempat yg mempunyai ventilasi yang baik. JANGAN gunakan bancuhan ini ke arah melawan tiupan angin. Elakkan daripada terkena kulit, mata, mulut, dan pakaian. Ketika mengendalikan produk ini, JANGAN makan, minum, atau merokok. Selepas mengendalikan produk ini, tanggalkan pakaian yang basah. Pastikan tutup bekas racun dengan rapat dan simpan di tempat berkunci yang mempunyai peredara udara yang baik, kering, dan dingin. Pastikan mandi sebersih-bersihnya menggunakan sabun dan air yang banyak. JANGAN biarkan kanak-kanak menyentuh haiwan yang baru dirawat selagi haiwan itu basah.
Pakaian dan Alat Perlindungan: Ketika mengendalikan produk ini, pastikan pakai pakaian pelindung diri (PPE) berpiawaian termasuk sarung tangan nitrile pakai buang, gogal, penutup muka dan alat pernafasan; serta baju lengan panjang, seluar panjang, boot, dan apron kalis air. JANGAN gunakan bancuhan ini dalam kehadiran orang tidak memakai pakaian PPE.

b)
Bahaya pada Alam Sekitar: Produk ini adalah bebahaya pada organisma aquatik dan ikan. Ketika pelupusan, JANGAN cemarkan sungai, kolam, saliran air, empangan dan punca air yang lain.
Tanda Keracunan: Hiperkinesis, ataksia, dispnea, dan apati, kulit terasa terbakar, dan peka kepada sentuhan.
Rawatan Kecemasan: Tanggalkan pakaian yang terkena racun. Jika terkena pada kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air. Jika terkena pada mata, bersihkan dengan menggunakan air bersih yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit. Jika tertelan, JANGAN ikhtiarkan pesakit itu muntah, Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Rawatan Perubatan: Rawatan hensdaklah mengikut tanda sakit. Kurasan gaster dan julap bergaram adalah disyorkan.
Medical Treatment: Treatment is symtomatic. Gastric lavage and saline laxative is recommended.

BILAS BEKAS KOSONG TIGA (3) KALI SEBELUM MELUPUSKANNYA. JANGAN GUNAKAN BEKAS RACUN UNTUK MENYIMPAN MAKANAN DAN UNTUK TUJUAN LAIN.

KEEP AWAY FROM FOODSTUFF AND CHILDREN.

Bayticol EC 6% adalah disyorkan untuk mengawal sengkenit, pinjal, kutu badan dan telinga pada anjing dan kuda. Ia juga boleh digunakan pada anak anjing/kuda bunting dan menyusu. Mandikan haiwan dahulu. Goncang botol dahulu sebelum dicairkan.

Panduan Penggunaan: Celup/siram badan haiwan sampai basah dengan bancuhan Bayticol EC 6%.

Aturan Penggunaan: Penggunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Jangan sembelih lembu, kerbau dan kambing salam tempoh 8 hari selepas rawatan terakhir dan 4 hari bagi bebiri. Jangan merawat pada haiwan yang menghasilkan susu untuk manusia.

Panduan Menbancuh: Isikan tangki setengah penuh dengan air bersih. Campurkan Bayticol EC 6% mengikut syor yang ditetapkan dalam jadual sukatan dan bancuh. Seterusnya tambah baki air yang bersih yang diperlukan dan kacau. Jangan guna pada kadar lebih tinggi daripada yang disyorkan. Jangan simpan baki bancuhan Bayticol EC 6% dalam tangki bancuhan.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BBTC10ML Bayticol E.C. 6% 10ml”

Your email address will not be published.