Frontline COMBO Spot On Dog for 1 – 10kg (S) 2.01ml (3 pipet)

Frontline COMBO Spot On Dog for 1 – 10kg (S) 2.01ml (3 pipet)

RM109.30

5 in stock

Compare
SKU: 9555634300039 Category: Tag:

Share this product

Untuk mengawal sengkenit, pinjal, kutu, dan tungau pada anjing yang berumur 8 minggu ke atas. Frontline Combo Spot-On Dog adalah sejenis racun serangga yang mengandungi perawis aktif daripada kumpulan ‘phenylpyrazole’ dan ‘juvenile hormone mimic’ yang bertindak secara sentuhan untuk membunuh semua peringkat kitaran hidup sengkenit, kutu, pinjal dan tungau (dewasa, telur dan larva) dengan berkesan, mengawal infestasi semula dan keaadaan “Flea Allergy Dermatitis”.

ATURAN PENGGUNAAN: Penggunaan tidak mengikut label adalah satu kesalahan dibawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Aplikasi bulanan mungkin diperlukan untuk inflamasi kulit akibat alahan kepada pinjal (Flea allergy Dermatitis), infestasi yang tinggi dan mencegah daripada jangkitan Canine Monocytic Ehrlichiosis. Anjing boleh dirawat dengan Frontline Combo Spot-On Dog sebelum/selepas 2 hari ia dimandikan atau disyampukan.

Keberkesanan Frontline Combo Spot-On Dog berkekalan walaupun selepas mandian, bermain dengan air, dan terdedah di bawah sinaran matahari.
Patahkan Muncung pipet pada garisan yang disediakan. Belahkan bulu amjing di tengah-tengah bahagian atas bahu sehingga permukaan kulit kelihatan. Arahkan hujung pipet yang terbuka ke atas permukaan kulit bahu anjing dan picit pipet beberapa kali untuk mengeluarkan kandungannya hanya pada satu lokasi. Keluaran ini akan meresap ke seluruh permukaan badan anjing dalam jangkamasa 24 jam. Jangan sentuh tempat aplikasi sehingga kering. Biarkan kawasan rawatan itu kering sebelum bermain dengan anjing tersebut.

Frontline Combo Spot-On Dog juga berkesan untuk merawat tungau telinga dengan menitiskan 4 titis kandungan pipet ke dalam setiap telinga. (Gegendang telinga mesti sempurna).

Frontline Combo Spot-On Dog boleh digunakan pada anjing yang berumur 8 minggu ke atas, anjing yang bunting atau yang sedang menyusukan anak.

Additional information

Weight 0.04 kg
Dimensions 15 × 1.5 × 11.2 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Frontline COMBO Spot On Dog for 1 – 10kg (S) 2.01ml (3 pipet)”

Your email address will not be published.